CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Let's Learn Science ! Don't Forget To Follow & Comment On My Blog! Thank You

Thursday 29 November 2012

Mesin

Mesin terbahagi kepada 2 jenis :
a. mesin ringkas
b. mesin kompleks

Mesin ringkas terbahagi kepada 7 jenis :
a. baji - gunting, pisau, gergaji
b. satah condong - tangga,
c. skru - skru, apit G, gerudi tangan
d. takal - tiang bendera, kren, perigi
e. gear - basikal, jam, gerudi tangan
f.  roda dan gandar - paip air, stereng kereta, pemutar skru
g. tuas - penyapu, playar, kereta sorong

Mesin kompleks pula ialah gabungan beberapa jenis mesin ringkas.
Kebanyakan objek yang digunakan adalah terdiri daripada mesin ringkas
Contoh : gunting, basikal, kereta sorong.


Tuesday 27 November 2012

RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN


Semua hidupan memerlukan makanan untuk hidup.
Hubungan makanan antara hidupan dalam suatu habitat dipanggil rantai makanan.
Beberapa rantai makanan apabila digabungkan akan membentuk siratan makanan.
Siratan makanan dapat memastikan keseimbangan ekosistem di muka bumi ini. Oleh itu manusia perlulah bijak untuk memastikan keseimbangan ekosistem ini sentiasa terpelihara.
Ia juga dapat memastikan generasi akan datang juga dapat terus menikmati keindahan alam semula jadi ini.

BAHAN KONDUKTOR DAN BAHAN PENEBAT

Bahan konduktor ialah bahan yang boleh mengalirkan elektrik dan haba.
Contoh bahan konduktor ialah bahan logam seperti :-
a. besi
b. tembaga
c. aluminium

Bahan penebat ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan elektrik dan haba.
Contoh bahan penebat ialah :-
a. plastik
b. kayu
c. getah
d. kaca
e. kain
f. kulit

Bahan konduktor dan bahan penebat sangat berguna dalam kehidupan seharian kita.
Ini kerana sesetengah objek dibuat daripada bahan berdasarkan ciri-cirinya.
Contoh :-
kuali - logam -  keras
                        konduktor haba yang baik
        - plastik - keras
                     - penebat haba yang baik

payung  -  nilon - kalis air
             - kayu dan logam - keras dan kuat

Monday 26 November 2012

KEMUSNAHAN HUTAN


BAHAN BERASID, BAHAN BERALKALI DAN BAHAN NEUTRAL

Makanan mempunyai pelbagai rasa seperti masam, manis, masin, pahit dan tawar. Bahan makanan mempunyai rasa yang berbeza disebabkan oleh sifat kimianya. Sifat kimia bahan terbahagi kepada 3 jenis iaitu bahan berasid, bahan beralkali dan bahan neutral.

Sifat-sifat bahan berasid ialah :-
a. berasa masam
b. menukarkan warna kertas litmus biru ke merah
c. asid pekat akan mengkakis

Sifat-sifat bahan beralkali ialah :-
a. berasa pahit
b. licin apabila disentuh
c. menukarkan warna kertas litmus merah ke biru
d. alkali pekat akan mengkakis

Sifat-sifat bahan neutral ialah :-
a. mempunyai pelbagai rasa selain masam dan pahit
b. tiada perubahan pada warna kertas litmus merah dan biru