Asal usul nama laut
1. Laut Hitam : Laut ini merupakan laut dalam yang terletak di antara benua Eropah dan Asia . Terdapat mendapan tanah di dasar laut ini kerana ia adalah laut pedalaman ( tanah mendap di dalam laut ini disebabkan faktor hujan dan lain-lain ) . Laut ini digelar Laut Hitam kerana warna airnya lebih gelap.
2. Lautan Hindi : Laut ini terletak di antara benua Afrika , Australia dan Asia . Nama laut ini diberikan berdasarkan perdagangan antara tiga benua dan India sebagai pusatnya selain Eropah .
3. Laut Merah : Terletak di antara benua Afrika dan Asia . Alga berwarna coklat kemerah-merahan memenuhi dasar laut menyebabkan airnya kelihatan berwarna merah . Inilah sebab ia dinamakan Laut Merah .
4. Laut Putih : Laut ini terlatak di pinggir Lautan Artik . Permukaan air laut dilitupi ais sepanjang 200 hari setahun kerana iklim yang sangat sejuk . Justeru ia dinamakan Laut Putih kerana permukaan ais di perairannya kelihatan putih .
Rantai Makanan Hidupan Laut
Dalam rantai makanan hidupan laut , fitoplakton dan rumpai lau dikelaskan sebagai pengeluar . Udang , landak laut dan zooplakton dipanggil pengguna primer . Ikan kembung dan ikan bawal yang memakan pengguna primer pula dikenali pengguna sekunder . Seterusnya ikan paus pembunuh sebagai pengguna tertier kerana memakan ikan kembung dan ikan lain . Peranan setiap tingkat rantai makanan adalah sangat penting dalam ekosistem lautan .
Mutiara : Permata Berharga di Lautan
Mutiara sebenarnya terbentuk daripada rembesan tiram . Apabila terdapat objek keras seperti batuan atau serpihan cangkerang masuk ke dalam tiram , ia akan merembeskan lapisan ' nakre ' sebagai tindak balas . Nakre akan membaluti objek tersebut dan beransur-ansur menjadi mutiara yang bersinar . Mutiara dijadikan permata hiasan bernilai kerana keunikan permukaannya yang bersinar.